Disimbah air merupakan satu kewajipan
Disimbah air merupakan satu kewajipan

#TSDayOut yang dianjurkan November 2015 yang lalu telah berlalu dengan jayanya. Sekumpulan Blogger daripada Negeri Selangor telah merasai sendiri pengalaman menyusuri Sungai Semadang.

Lengoh tapi Puas! – Norfa Nil,

Lengoh tapi puas merupakan ungkapan yang paling sesuai untuk mengambarkan pengalaman mereka berkayak sepanjang 11km di Sungai Semadang. Pada ketika kehadiran mereka, taburan hujan pada ketika itu amatlah kurang sehingga menyebabkan paras air sungai masih di tahap yang rendah. Namun, peluang berkayak pada paras air yang rendah itu sendiri adalah pengalaman yang amat menarik terutamanya mereka terpaksa menarik kayak pada kawasan air yang rendah. Arus air turun tidak dapat menolak kayak mereka kehadapan dengan pantas. Sebab itulah rata-rata mereka berkata lengoh berkayak tapi puas!

Berjemur sudah, makan sudah, penat sudah….penghujung aktiviti kayak itu, mereka dirahmati dengan hujan lebat pada kilometer terakhir sesi berkayak mereka di Sungai Semadang. Sehingggakan ada yang sambung menyimbah rakan-rakan lain menggunakan air sungai walaupun hujan ketika itu turun dengan lebat. Ketara sudah yang mereka benar-benar seronok dibasahi hujan.

Bacalah pengalaman Norfa Nil di blog beliau di sini.

Menu makan tenghari
Menu makan tenghari
Tenang dihanyuti arus air yang tenang dan perlahan
Tenang dihanyuti arus air yang tenang dan perlahan
Berhujan tidak menghalang mereka bergembira semasa #TSDAYOUT
Berhujan tidak menghalang mereka bergembira semasa #TSDAYOUT

Gambar adalah daripada http://norfanil.com/pengalaman-berkayak-11km-semadang-kayak-sarawak/

Comments are closed.